Sabtu, 8 Januari 2011

JENIS ZAKAT

Ada 2 jenis zakat iaitu:
 
Zakat Fitrah

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan
syarat-syarat  yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT
 
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
 
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
 
Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
 
Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
 
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

 
Zakat Harta
Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
 
Zakat Pendapatan
Zakat Perniagaan
Zakat Binatang Ternakan
Zakat Pertanian
Zakat Wang Simpanan
Zakat Emas dan Perak
Zakat Saham
Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz *


***
Ma'adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.
 
Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
 
Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)

INFO ZAKAT




"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)
 




"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat". Surah An-Nur (ayat 56)
 




"Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya." Surah Al-Baqarah (ayat 83)
 





Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki. 


 

PENGERTIAN ZAKAT

DARI SEGI BAHASA
Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG"
 
Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

 
DARI SEGI SYARAK
 
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak

 
HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
 
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
 
Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
Membersihkan diri pembayar zakat.
Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT dan melahirkan rasa tenang dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
 


  


SIAPA WAJIB ZAKAT

Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
 

ISLAM
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam  sahaja.
MERDEKA
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
SEMPURNA MILIK
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
 
HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT
Para Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
 
CUKUP NISAB
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
 
CUKUP HAUL
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
   

Rabu, 5 Januari 2011

menyediakan sawah sebelum menanam

dulu-dulu membajak sawah menggunakan kerbau,sekarang ni dah kurang pasal banyak kena korban
ni le kubota
seakarang guna trektor lagi pantas

Aku Mat Bendang

    Aku bukanlah orang bendang, pokok padi aku tak kenal sebab aku tak pernah tengok pun.Aku tahu hanya melalui buku masa sekolah dulu-dulu.Aku bukan berasal dari kawasan padi,tempat asal aku di selatan tahan air kawasan getah.Kalau sebut pasal getah ok le.Nak suruh aku cerita pasal getah daripada skrap sampai getah keping aku boleh cerita.Pasal aku duduk bawah pokok getah.Kerja aku kecik-kecik dulu noreh getah.
    Alkisah bermula apabila aku berkenalan dengan seorang gadis yang berasal di kawasan bendang di Selangor yang kini dah pun menjadi permaisuriku dengan anak-anak aku hidup bahagia, Terima kasih ALLAH menemukan aku dengan isteriku.Maka bermulalah aku mencuba nasib menjadi orang bendang.Mula-mula hanya Tuhan sahaja yang tahu apabila kali pertama berbendang bukan padi yang tumbuh tetapi lebih banyak rumput daripada padi.Bayangkan orang lain boleh dapat setengah keping 4 hingga 5 tan,aku hanya dapat 1 tan, malu...malu...tapi apa nak dimalukan aku bukan orang bendang tulen.
    Masih aku ingat hingga hari ini,aku tersungkur dalam bendang dengan mesin sembur racun sebab dah tak boleh imbang apabila berjalan dalam air....macam nangka busuk jatuh.Mentuaku hanya senyum sinis...aku pun control macho.. padahal malu.Sejak hari itu aku bertekad untuk belajar berbendang.First, aku berguru dengan orang lama bendang...oh rupa-rupanya ada teknik juga berbendang ni..yang penting ada cara atau langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memestikan padi menjadi bukan main hentam keromo aje.
    Sekarang setelah lebih 20 musim aku berbendang barulah nampak hasilnya....Amin.....pendapatan ok le
yang penting usaha,ikut langkah-langkah yang betul dan tawakal...InsyaAllah rezeki Allah punya dan aku bersyukur dengan pemberian ini....Allahuakhbar..... Aku Mat Bendang... emmm...ok le.

mesin penyembur racun




Inilah alat yang digunakan pesawah untuk bersawah.Jangan tanya pasal kosnya,apa yang penting kerja-kerja disawah selesai.......alah membeli menang memakai.....berbaloi dengan kos yang tinggi,pendapatan pun tinggi....Rezeki ALLAH amin...

Mesin pengisar padi


alat menumbuk padi dulu-dulu

alat pengisar padi dulu-dulu

ini juga alat pengisar padi

sekarang ni lebih senang,padi dikumpul dalam kilang dan dikisar menggunakan mesin pengisar moden lagi canggih.


Selasa, 4 Januari 2011

Padi

Padi (Oryza sativa) merupakan satu daripada tanaman bijirin dan merupakan makanan ruji bagi ramai penduduk dunia termasuk di Asia, Amerika Latin dan Caribbean. Di Malaysia padi yang ditanam terbahagi kepada dua jenis iaitu padi sawah yang juga dikenali sebagai padi bendang, dan padi huma atau padi bukit. Padi sawah atau padi bendang adalah jenis padi yang paling banyak di tanam kerana dapat mengeluarkan hasil yang tinggi. Padi sawah memerlukan banyak menggunakan air, baja dan perlu ditanam dengan cara yang teratur.
Padi sawah banyak di tanam di Semenanjung Malaysia iaitu di Pantai Barat terutamanya di bahagian Utara. Keadaan ini berlaku kerana terdapat kawasan berpaya yang datar dan terdapat satu musim lembap yang ketara dengan purata hujan tahunan melebihi 3500 mm. Kesesuaian ini di tambah lagi dengan adanya musim panas yang berpanjangan.
Padi huma merupakan padi asal yang ditanam di Malaysia sebelum padi sawah diperkenalkan. Padi huma mempunyai hasil yang rendah dan kurang bermutu. Ini disebabkan padi huma di tanam dengan cara lama dan kurang menggunakan baja serta daripada benih yang kurang baik. Padi juga tidak di jaga dengan baik dan selalu pula dirosakkan oleh serangga. Padi jenis ini banyak di tanam di Sabah dan Sarawak yang kebiasaannya ditanam oleh orang asli seperti orang Iban dan Murut. Kelebihan padi huma adalah padi huma tidak memerlukan jumlah air yang banyak dan dapat ditanam di kawasan di mana air tidak bertakung.
Padi sawah yang di tanam di Malaysia sekarang merupakan hasil kacukan dan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghasilkan benih padi yang bermutu. Penyelidikan oleh pihak MARDI membantu pembangunan jenis padi yang mampu mengeluarkan hasil yang lebih banyak, dan mempunyai daya tahan penyakit yang lebih tinggi.
Padi yang telah diproses dan dibuang kulit dikenali sebagai beras. Pada masa dahulu, pada akhir musim menuai padi, padi yang ditanam khas akan dijadikan emping padi sebagai hidangan istimewa, bagi menandakan tamatnya musim emnanam padi. Pada suatu masa dahulu, di kawasan pantai timur, upacara puja pantai akan di akan pada akhir musim menanam padi sebagai satu cara melepaskan penat lelah sepanjang musim menanam padi yang lalu. Selain itu para petani akan bertukar-tukar masaalah, teknik dan pengetahuan mengenai penanaman padi yang baru dituai, sama seperti pesta pertanian di masa kini.
Kaedah Penanaman Padi Dalam penanaman padi terdapat 2 kaedah yang digunakan iaitu kaedah menanam (transplanting) guna alat yang dipanggil kuku kambing,kaedah ini memerlukan beberapa proses seperti menyemai di tapak semaian ,memindah anak padi ke sawah seterusnya menanam anak padi dan tabur terus(direct seeding) iaitu benih padi direndam dalulu kemudian benih padi di keringkan dalam keadaan lembap supaya tumbuh tunas baru boleh ditabur terus.

sumber- internet

Anak kampung


Walaupun zaman telah berubah kita masih boleh berbangga kerana ada lagi anak muda yang masih mahu tinggal di kampung untuk meneruskan tradisi kehidupan kampung...syabas.Sesungguhnya yang memberi rezeki kepada manusia adalah Allah,di mana kita berada jika kita berusaha dan bertawakal insyaAllah rezeki akan datang.