Sabtu, 29 Oktober 2011

RPH Bahasa Melayu Tahun 3


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran  : Bahasa Melayu
Tahun                           : 3 Jaya
Bil. Murid                      : 25 orang
Tema                            : Sukan Permainan
Tajuk                            : Senaman
Tarikh                           : 4 Oktober  2011
Masa                            : 8.00-9.00 pagi (60 minit)
Objektif                        : Pada akhir pelajaran murid dapat;
1) Murid dapat menyatakan 3 jenis aktiviti senaman pada
kadar sekurang-kurangnya 80% sebutan dan intonasi yang
betul. [2.1 Aras 1 (i)]
2) Membaca petikan “Senaman Oh Senaman” secara imbasan
untuk menyatakan 3 fakta mengenai senaman secara lisan.[6.5 Aras 1 (i)]
3) Menulis 3 ayat tentang “Teknik Memanaskan Badan”
berdasarkan petikan yang dibaca. [9.2 Aras 1 (i)]

Fokus Utama :

6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.
Aras 1 (i) Menyatakan fakta yang dikehendaki daripada teks

Fokus Sampingan :
9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau
dibaca.
Aras 1 (i) Merekodkan maklumat tentang sesuatu perkara.

2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang
baik dan jelas.
Aras 1 (i) Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi
yang betul.


Kemahiran Bahasa                     : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

Sistem Bahasa                          : Kosa kata: teknik, aktiviti, betis, bahu, melonggarkan

Ilmu                                          : Pendidikan Jasmani dan kesihatan.

Nilai                                          : Kerjasama, keberanian.

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali,
menilai, penjanaan idea.

Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal, verbal-linguistik

Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengetahui tentang aktiviti bersenam

Bahan Bantu Belajar : Komputer, gambar-gambar aktiviti
Senaman, lembaran kerja

LANGKAH
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI
CATATAN
Set Induksi (5min)

Gambaran mengenai
tajuk pembelajaran iaitu
‘Senaman Aerobik’

1.Guru menunjukkan murid video klip ‘Senaman Aerobik’.

2. Guru mengaitkan aktiviti  dengan tajuk pelajaran.

Menghubungkaitkan,
Mencirikan

BCB : mendengar aktif

BBB : video klip
‘Senaman Aerobik’

Ilmu:
Pendidikan Jasmani

Langkah 1
(15 minit)

aktiviti senaman.

i. Apakah yang kamu
dapat perhatikan dalam
gambar tersebut?

ii. Di manakah individu
selalu bersenam?

1.Guru meminta murid duduk secara pasangan

2. Guru akan memberikan soalan panduan kepada murid

3. Seorang murid akan
bercerita mengenai aktiviti yang boleh dilakukan ketika bersenam

4. Pasangan murid tersebut akan mencatatkan cerita

5. Aktiviti yang sama
diteruskan bagi pasangan tadi.

6. Murid diminta memberi pendapat dan menilainya bersama guru.

KB : Mengimbas
kembali, menghubungkaitkan

BCB : bercerita dan
Berbincang

BBB : Gambar aktiviti
senaman,
KP : verbal-linguistik,
Interpersonal.

Nilai: kerjasama,
Keberanian

Ilmu:
Pendidikan Jasmani

Langkah 2
(20 minit)



















Membaca petikan:

‘Senaman Oh Senaman’
dan membuat peta minda


Morfologi
· Kata kerja
· Kata adjektif

1. Guru meminta murid duduk
secara berkumpulan

2. Setiap ahli akan
membacakan petikan
dengan bacaan mentalis
dan mencatatkan isi-isi
penting

3. Ahli kumpulan akan
membanding beza jawapan
yang diperoleh seterusnya
membuat peta minda

4. Setiap kumpulan akan
membentangkan hasil di hadapan kelas

5. Guru akan menyemak
jawapan (sebutan) murid

KB : Membanding
beza, menilai

BCB : bercerita dan
Berbincang

BBB : petikan
‘Senaman Oh
Senaman’, Peta Minda

KP : Intrapersonal.

Nilai: kerjasama,
Keberanian

Ilmu:
Pendidikan Jasmani

Langkah 3
(15 minit)

Membina ayat tentang
‘Teknik memanaskan
badan’.

Perbendaharaan kata:
· Teknik
· Aktiviti
· Melonggarkan
· Betis
· Bahu

1. Murid akan membaca dan
menghayati petikan ‘Teknik memanaskan badan’.

2. Murid memberi tumpuan kepada pengertian perkataan yang berwarna

3. Murid diminta untuk menghasilkan ayat mengenai teknik senaman berdasarkan perkataan yang diberikan.

4. Guru membetulkan ayat murid yang salah



KB : Mengimbas
kembali,
menghubungkaitkan,
penjanaan idea

BCB : berbincang,
inkuiri penemuan

BBB : Petikan ‘Teknik
memanaskan badan’
gambar aktiviti
regangan, kamus.

KP : Interpersonal.

Nilai: keberanian

Ilmu:
Pendidikan Jasmani

Penutup (5min)

Penutup kognitif

· Membuat
rumusan isi
pelajaran
Penutup sosial

· Memberi pujian
dan motivasi

1. Guru menyoal murid
tentang perkara yang
dipelajari.

2. Guru menyimpulkan
pelajaran.

3. Guru memberi pujian dan dorongan kepada murid supaya berusaha membaiki pembacaan.



Refleksi : _____________________________________________________________________________________________

Khamis, 27 Oktober 2011

Kenapa perlu tanda koma ( , ) sebelum dan ?

Ramai orang memandang remeh penggunaan tanda koma sebelum perkataan dan kerana ragu dengan keperluan tanda koma, sebab telah biasa menulis tanpa menggunakan tanda koma sebelum dan.

Dan merupakan kata hubung dalam ayat majmuk. Dan digunakan untuk menghubungkan dua ayat atau lebih.

Fungsi koma untuk menggantikan kata hubung dalam ayat. Mari kita perhatikan ayat berikut :

1. Abang membeli baju baharu berwarna biru dan merah dan hijau dan kuning.

Ayat di atas jelas sekali penggunaan dan yang berulang itu menjemukan serta merosakkan kepersisan bahasa.
Kata dan digugurkan kecuali yang terakhir.

Maka lahirlah ayat sebegini :

Abang membeli baju baharu  berwarna biru, merah, hijau, dan kuning.

Ini bermaksud abang membeli empat helai baju .Jika koma tidak diletakkan sebelum perkataan dan ini bermaksud abang hanya membeli tiga helai baju iaitu baju berwarna biru, merah, hijau dan kuning. Baju pertama berwarna biru, kedua berwarna merah dan ketiga gabungan warna hijau dan kuning.

Demikian huraian ringkas tentang betapa perlunya tanda koma diletakkan sebelum kata hubung dan dalam ayat majmuk setara bahasa Melayu.

Rabu, 26 Oktober 2011

Penggunaan Di dan Ke sebagai Imbuhan awalan dan kata Sendi

Imbuhan di dan ke dalam Bahasa Melayu tergolong kepada 2 kategori tatabahasa imbuhan awalan dan kata sendi.

1. Di dan ke sebagai imbuhan awalan digabungkan dengan kata sesudahnya.

Ciri.ciri :
i. di digunakan sebagai pembentuk kata kerja pasif untuk pelaku ketiga.
contoh ; dicuri, disimpan, dibawa

ii. ke digunakan bagi membentuk kata nama terbitan.
contoh ; ketua, kerajaan, kejayaan

iii. ke juga digunakan dalam kata kerja pasif yang berimbuhan.
contoh ; kenaikan, keruntuhan,  dan lain-lain.

2. Di dan ke sebagai kata sendi dan tidak digabungkan dengan kata sesudahnya.

Ciri-ciri :
i. di dan ke sama golongan dengan kata sendi dari, daripada, pada, kepada dan sebagainya.

ii. Kedua-duanya memerlukan objek yang terbentuk daripada frasa nama yang menunjukkan tempat dan arah.
contoh ; di sekolah, di dapur, ke pejabat, ke kantin
   
iii. ke boleh juga digunakan untuk objek yang menunjukkan masa.
contoh ; ke saat, ke hari

iv. Dalam tulisan kata sendi digabungkan dengan kata sesudahnya, dan jika sesudahnya angka
hendaklah dibubuh tanda sempang ( - ).
contoh ; ke-2, ke-60, Jika angka roman, kata ke dan tanda sempang tak perlu. Contoh ;
Sukan Olimpik XIV ( keempat belas )


Kesalahan ejaan bagi kata di dan ke sebagai imbuhan awalan.
Salah
betul
di adakan
diadakan
ke dua
kedua
ke semua
kesemua
ke banyakan
kebanyakan
di bukukan
dibukukan
di bawa
dibawa
  
Kesalahan  ejaan di dan ke sebagai kata sendi.
Salah
betul
diantara
di antara
disekolah
di sekolah
keatas
ke atas
kekantin
ke kantin
Ke4
Ke-4
Ke IV
IV