Khamis, 27 Oktober 2011

Kenapa perlu tanda koma ( , ) sebelum dan ?

Ramai orang memandang remeh penggunaan tanda koma sebelum perkataan dan kerana ragu dengan keperluan tanda koma, sebab telah biasa menulis tanpa menggunakan tanda koma sebelum dan.

Dan merupakan kata hubung dalam ayat majmuk. Dan digunakan untuk menghubungkan dua ayat atau lebih.

Fungsi koma untuk menggantikan kata hubung dalam ayat. Mari kita perhatikan ayat berikut :

1. Abang membeli baju baharu berwarna biru dan merah dan hijau dan kuning.

Ayat di atas jelas sekali penggunaan dan yang berulang itu menjemukan serta merosakkan kepersisan bahasa.
Kata dan digugurkan kecuali yang terakhir.

Maka lahirlah ayat sebegini :

Abang membeli baju baharu  berwarna biru, merah, hijau, dan kuning.

Ini bermaksud abang membeli empat helai baju .Jika koma tidak diletakkan sebelum perkataan dan ini bermaksud abang hanya membeli tiga helai baju iaitu baju berwarna biru, merah, hijau dan kuning. Baju pertama berwarna biru, kedua berwarna merah dan ketiga gabungan warna hijau dan kuning.

Demikian huraian ringkas tentang betapa perlunya tanda koma diletakkan sebelum kata hubung dan dalam ayat majmuk setara bahasa Melayu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan