Ahad, 24 Julai 2011

Kek Coklat dan Coklat





sedapnya.....sungguh menyelerakan..keterangan lanjut layari sesawang sha homemade cake n choc

logo KPM

CONTOH PENULISAN RPH


Rancangan Pengajaran Harian 1:

Mata pelajaran:                   Sains
Kelas:                                Tahun 6 Jujur
Tarikh:                                11 Februari 2011
Masa:                                11.35 pagi – 12.35 tgh (60 minit)
Bilangan murid:                  25 orang
Bidang pelajaran:               Daya dan Gerakan
Objektif pembelajaran:        Menganalisis konsep daya

Hasil pembelajaran:          Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

                               A   Menguasai isi kandungan
a.       Menjelaskan dengan contoh kesan daya geseran dalam kehidupan harian
b.       Menyatakan kebaikan dan keburukan daya geseran dalam kehidupan
c.        Membuat kesimpulan kesan jenis permukaan ke atas gerakan objek

     B   Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
a.       mereka bentuk dan menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk menentukan kesan jenis permukaan ke atas gerakan objek

     C   Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
a.     melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen berdasarkan prosedur yang dipersetujui dalam kumpulan
b.     menghargai masa dengan menjalankan eksperimen dengan pantas dan sentiasa menumpu kepada menjalankan tugasan tersebut
              
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Daya geseran
a.       menghakis permukaan
b.       memperlahankan gerakan
c.        membantu gerakan
d.       dipengaruhi oleh jenis permukaan (kasar dan licin)

Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Blok kayu – 5 unit
Kacang hijau  – Beberapa biji
Minyak masak  – 1 botol
Beg plastik – 5 unit
                Kertas pasir – 5 unit
                Kereta mainan – 5 unit
                Surat khabar lama – 5 helai
                Pembaris – 5 batang
                Gelang getah – 5 unit
Nota di slaid PowerPoint

Langkah berjaga-jaga:
Elakkan minyak dan kacang hijau jatuh ke lantai kerana jika terpijak boleh menyebabkan jatuh.

Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mempelajari daya wujud apabila ada tolakan dan tarikan dan daya boleh mengubah bentuk dan arah gerakan.  Murid juga mungkin mempunyai miskonsepsi bahawa daya dipunyai oleh sesuatu benda.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Daya wujud akibat interaksi yang melibatkan tolakan dan tarikan dan boleh mengubah bentuk dan arah gerakan

Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal
Cungkil idea murid tentang kesan daya selain mengubah bentuk dan arah gerakan.
Murid memberi respon

Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas menggunakan Kartun Konsep
Menstruktur/ Menstruktur semula
(40 min)
Daya geseran
a.menghakis permukaan
b. memperlahankan gerakan
c.membantu gerakan
d. dipengaruhi oleh jenis permukaan (kasar dan licin)

Mengutarakan satu persoalan utama:
Apakah kesan daya geseran ke atas objek?
Tanya hipotesis, reka bentuk eksperimen dan pembolehubah terlibat.

Debriefing
Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, dikumpul dalam satu kumpulan dan diberi penerangan kumpulan kecil
Murid membuat hipotesis, beri cadangan reka bentuk eksperimen, menyatakan pembolehubah.
Murid menjalankan eksperimen bagi menjawab persoalan.

Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil
Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri dalam kumpulan

Sikap saintifik dan nilai murni:
Penglibatan aktif
Menghargai masa
Aplikasi Idea
(10 min)
1. Kesan tayar botak ketika di jalan raya 
2. Penggunaan roda bagi mengurangkan geseran

Tunjukkan masalah di slaid
(rujuk lampiran 1)


Pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan
Pelajar membentangkan dapatan
Strategi:
Perbincangan kumpulan diikuti persembahan
Sumber pengajaran: slaid PP
Penutup
(5 min)
Daya geseran
a.menghakis permukaan
b. memperlahankan gerakan
c.membantu gerakan
d. dipengaruhi oleh jenis permukaan (kasar dan licin)

 Taksir kefahaman pelajar dengan memberi kuiz pendek. Tingkatkan keterujaan dengan mengadakan pertandingan antara kumpulan
Tunjukkan ringkasan idea utama di slaid.
Beri tugasan membaca untuk tajuk seterusnya iaitu pengawetan makanan dan 4 soalan menyelesai masalah dalam buku latihan.
Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz dan membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.
Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas

Sumber pengajaran: slaid PP



Refleksi selepas p & p: …………………………………………….................................................

ISLAM DAN DEMOKRASI

Demokrasi merupakan perkataan paling kontoversi dan berunsur provokatif dalam kamus ilmu politik. Sistem demokrasi menjadi pilihan ramai apabila terdapat negara walaupun menjalankan pemerintahan diktator pun mengaku bahawa mereka mengamalkan demokrasi dan bersifat demokratik.
            Demokrasi ialah kesepakatan rakyat untuk memilih sebahagian orang yang akan memerintah dan mengatur urusan mereka. Dengan cara itu rakyat terhindar daripada memilih seorang pemimpin yang tidak mereka kehendaki dan dari sistem yang menindas mereka. Demokrasi boleh difahami sebagai satu sistem yang mempunyai undang-undang berprosedur yang mengkhususkan siapa yang berwibawa untuk membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan melalui prosedur apakah yang harus digunakan untuk membut keputusan. Demokrasi mengandungi prosedur-prosedur demi untuk mencapai keputusan secara kolektif dalam suasana menjamin penyertaan secara maksima yang boleh tercapai bagi mereka yang berkepentingan.
            Secara literal, kalimah demokrasi berasal daripada dua perkataan Greek iaitu “Demos” yang bermaksud rakyat dan “kratia” yang merujuk pemerintahan. Justeru, demokrasi merupakan satu sistem pemerintahan yang diuruskan oleh rakyat dalam sesebuah masyarakat. Jika  dilihat daripada maksud yang diberikan oleh ahli sains politik, konsep demokrasi memang berakar umbi dan merujuk kepada rakyat. Ini kerana rakyat adalah keutamaan sebagai sumber kedaulatan dan kekuasaan.
              Islam dari segi bahasa membawa pelbagai makna. Berasal dari perkataan salima yang bermaksud selamat, sejahtera, tidak tercela dan tidak cacat. Dari segi istilah ia membawa maksud mentauhidkan Allah, tunduk, patuh dan jujur hati terhadap segala peraturan dan perintah Allah dengan penuh keikhlasan tanpa terpaksa dan ragu-ragu. Menurut Al-Sheikh Mahmud Syaltut, Islam adalah ajaran Allah yang disampaikan pengajarannya baik mengenai pokok dan syariatnya kepada Nabi Muhammad SAW dan perintah menyampaikannya kepada seluruh manusia. Islam yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah lebih luas dan lengkap berbanding dengan Islam yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya.
            Persoalan Islam dan Demokrasi merupakan salah satu permasalahan utama yang sedang berlaku di rata-rata Negara Islam. Demokrasi yang dianggap satu produk Barat yang paling laris di dunia, kini menjadi pilihan utama termasuk umat Islam. Penerimaan umat Islam terhadap demokrasi telah menimbulkan satu fenomena besar dunia sekali gus telah memperkenalkan wacana tentang “ Islam dan Demokrasi” sama ada ia datang daripada sarjana Islam mahupun Barat.
            Hubungan Islam dengan demokrasi sebenarnya memperlihatkan satu interaksi antara Islam dan Barat. Memandangkan demokrasi adalah legasi antara Islam dan Barat, penerimaan umat Islam terhadap sistem politik telah mencerminkan penghargaan Islam terhadap idea-idea Barat secara simbolik. Ramai sarjana mahupun gerakan Islam bersetuju demokrasi memiliki ciri-ciri politik Islam yang mengutamakan kebebasan dan keadilan serta menolak unsur-unsur kediktatoran. Cuma yang kurang dipersetujui oleh mereka ialah fahaman liberalisme yang menyanjung kebebasan mutlak, ini kerana Ialam mengajar umatnya tunduk dan patuh terhadap tuntutan Allah.
            Perbincangan tentang Islam dan Demokrasi boleh dikupas dari dua dimensi utama, iaitu yang pertama dari sudut prinsip, dan keduanya dari sudut praktikal atau amalan. Perbincangan dalam soal prinsip seringkali meletakkan hubungan Islam dan demokrasi dalam keadaan tidak menentu. Bagi mereka yang menolak demokrasi, sistem politik ciptaan barat itu tidak dapat diterima kerana mengutamakan kehendak majoriti sekaligus mengangkat suara manusia sebagai sumber perundangan teratas. Berbeza dengan konsep politik Islam, sumber perundangan dan kedaulatan ( sovereighty ) adalah milik mutlak Allah.
1. Prinsip Demokrasi
1.1       Kekuasaan Rakyat
            Amalan demokrasi meletakkan ajaran kebebasan dan hak dari aspek politik, pentadbiran, perundangan dan kemasyarakatan. Topik kekuasaan sering menjadi perbincangan sejak bermulanya kejadian manusia yang hidup secara bermasyarakat perlunya berpolitik. Pada zaman bermulanya kristian di Barat, kekuasaan menjadi milik paderi-paderi yang berkuasa di atas nama agama yang mereka namakan dengan panggilan teokrasi. Teokrasi dikatakan golongan ahli agama berkuasa mutlak bagi pihak Tuhan. Apabila berlakunya pemisahan kuasa agama daripada politik, lahirlah teori yang dinamakan monarcy yang memberi kuasa kepada raja secara mutlak. Berikutan dari itu, golongan bangsawan pula mengambil alih kekuasaan dan kaedah ini dinamakan aristokrasi. Akhirnya, rakyat bertindak dengan merampas kuasa dan lahirlah teori demokrasi.
            Kekuasaan rakyat bermaksud rakyat yang berkuasa dalam pemerintahan bagi memilih pemimpin dan cara pemerintahan yang mereka kehendaki. Pada zaman kini, pemilihan boleh dibuat melalui pelbagai parti politik yang ditubuhkan. Setiap parti mempunyai ideologi yang menjadi dasar perjuangannya, program politik, ekonomi, pentadbiran, pendidikan, kemasyarakatan, dan pelbagai agenda yang didedahkan kepada rakyat apabila mereka memerintah,
            Disebabkan rakyat mempunyai kuasa yang mutlak, maka rakyat juga boleh menjatuhkan atau menukar kerajaan melalui undi tidak percaya ataupun pilihanraya. Oleh itu parti dan calon wakil rakyat diberi peluang untuk dinilai oleh rakyat dan mereka juga berhak membela diri melalui kempen yang dibenarkan. Daripada amalan-amalan ini juga maka lahirlah pelbagai slogan yang memberi semangat kepada rakyat untuk menentukan pemimpin mereka seperti ‘Kuasa rakyat’, Sumber kekuasaan rakyat’, ‘Kerajaan daripada rakyat, kerana rakyat dan kepada rakyat’. 
          1.2       Kebebasan dan Hak
            Ia merupakan perkara yang penting di dalam amalan demokrasi. Ini kerana tidak ada ertinya hak rakyat dan kuasa mereka apabila tidak ada kebebasan kepada mereka. Amalan demokrasi meletakkan ajaran kebebasan dan hak dari aspek politik, pentadbiran, perundangan dan kemasyarakatan. Rakyat diberi kebebasan dan hak memilih kerajaan yang mereka kehendaki, perlembagaan dan undang-undang serta kegiatan kemasyarakatan.
            Kebebasan asasi terkandung di dalam Perlembagaan Negara perkara 5 hingga 13.Kebebasan juga boleh dibahagikan kepada beberapa aspek, di antaranya kebebasan peribadi yang lahir daripadanya kebebasan berfikir, menganut agama dan ideolagi sebagaimana yang terkandung di dalam fasal 4 Perlembagaan Negara,  kebebasan bersuara atau memberi pendapat sama ada melalui percakapan atau lisan dan juga penulisan. Kebebasan awam pula secara umum seperti kebebasan media sebagaimana contohnya akhbar, radio, televisyen dan membuat sebaran secara lisan dan tulisan, kebebasan berhimpun dan berdemonstrasi serta kebebasan melakukan berbagai urusan kehidupan seperti bekerja, berekonomi, bersosial dan lain-lain tanpa mengganggu kebebasan dan hak orang lain yang ditetapkan melalui kawalan undang-undang dan peraturan yang dilaksana dan dikuatkuasakan. 
            1.3 Kesamarataan
            Prinsip demokrasi yang terakhir ialah kesamarataan. Setiap orang diberi hak dan kebebasan yang sama. Seseorang itu tidak boleh dibezakan disebabkan perbezaan jantina, asal keturunan, bangsa, kepercayaan agama dan ideologi. Negara-negara yang mengamalkan demokrasi tulen mengadakan undang-undang yang tegas bagi merealisasikan prinsip ini. Ini adalah bagi memastikan tidak diganggu-gugat oleh amalan diskriminasi, perbezaan hak sehingga boleh mencabuli hak orang lain, berlakunya tidak adil dalam hukuman, pembahagian dan juga merampas hak orang lain secara zalim.
            Amalan demokrasi menggariskan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan kesamarataan, sama ada dari aspek undang-undang, mahkamah dan sebagainya. Semua manusia adalah sama di bawah undang-undang. Tidak ada kedudukan yang berbeza-beza seperti ada orang yang tidak boleh dihukum di sebabkan darjat dan pangkat, tidak boleh dibela atau menggunakan undang-undang yang berbeza.
            Persamaan juga dilakukan dalam aspek kebebasan, yang mana kebebasan tidak boleh dibezakan atas sebab perbezaan bangsa, keturunan, warna kulit, agama, ideology, bahasa, taraf hidup dan lain-lain. Selain itu juga diadakan kawalan bagi mengelakkan terganggunya hak orang lain melalui motivasi dan undang-undang.             

Sumber rujukan        

Prof. Dato’ Dr. Haron Din, (Edisi Khas 2003), Manusia dan Islam, Shah Alam, Selangor : Hizbi Sdn. Bhd, hlm. 663.
Siti Rafidah bt Dollah Hamidi & Sanusi bin Shariff, (2008), Pengajian Islam, Universiti Ind ngor, hlm. 11.
Abdul Hadi Awang, Islam Dan Demokrasi, 2007: ms 63.
Muhd Shamshinor B. Abdul Azzis & Afi Roshezry B. Hj Abu Bakar, Siri Nota padat Matapelajaran wajib MQA : Pengajian Malaysia, 2009:ms 157.