Ahad, 23 Oktober 2011

Penggunaan perkataan banyak dan ramai

Banyak orang beranggapan bahawa kata adjektif ramai digunakan untuk manusia atau merujuk kepada manusia sahaja. Oleh yang demikian jika kata adjektif banyak digunakan untuk merujuk manusia hal ini dikatakan satu kesalahan. Anggapan ini sebenarnya tidak benar.

1.  Menurut Kamus Dewan, kata banyak membawa maksud bukan sedikit, tidak sedikit. Menurut Kamus pelajar terbitan Khas KBSM kata banyak ditakrifkan besar jumlahnya. Perkataan banyak juga terdapat dalam beberapa kamus lagi.

Satu lagi bukti kata banyak digunakan untuk manusia adalah seperti makna dalam ayat :
Kebanyakan pelajar sekolah kini mahir menggunakan komputer. Cuba kita tukar kata banyak kepada kata ramai. Contohnya : Keramaian pelajar sekolah kini mahir menggunakan komputer. Pasti kita rasa janggal.

2.  Kata ramai ditakrifkan dalam beberapa kamus sebagai riuh-rendah, hiruk-pikuk. Contoh ayat :
Orang yang menyaksikan pertandingan itu terlalu ramai, bunyi sorak akan pecah  stadium. Ini menunjukkan kata ramai tidak menggambarkan jumlah orang, tetapi menggambarkan suasana dalam sesuatu keadaan.

*Didapati bahawa kata banyak mempunyai hubungan dengan jumlah atau bilangan tidak kira manusia, benda atau binatang.
*Kata ramai mempunyai hubungan dengan suasana.

Oleh yang demikian, tidak ada salahnya kata banyak digunakan untuk manusia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan