Khamis, 6 Oktober 2011

Isu memartabatkan bahasa Melayu


Isu membabitkan bahasa Melayu sering menjadi perbincangan pada masa kini, bukan saja pakar bahasa malahan orang kebanyakan, ahli politik serta pemimpin negara. Boleh dikatakan setiap hari ada saja berita mengenai pengabaian penggunaan bahasa Melayu dipaparkan menerusi media. Pencemaran bahasa Melayu masih berleluasa seperti yang dapat kita lihat menerusi papan tanda dan papan iklan yang dipasang di seluruh Negara. Penulisan pada papan iklan juga lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris daripada bahasa Melayu. Bukan itu sahaja malah banyak medium penyiaran juga melakukan banyak kesilapan dalam berbahasa. Contoh kesalahan pada papan iklan ‘Kelinik Tan’, ‘Mee Goreng Mamak’, ‘Warong Members’, ‘Jual Goreng Pisang”, dan ‘Penjual Gadis Diperlukan’. Antara contoh kesalahan dalam medium penyiaran ‘Hot FM’ dan ‘Fly FM’.

Kesalahan yang secara terang-terangan dilakukan oleh pengusaha papan iklan atau papan tanda tidak diambil tindakan. Mungkin bagi pihak pengusaha, mereka telah menggunakan bahasa Melayu yang betul walau pun sebenarnya ada kesilapan dari segi ejaan ataupun tatabahasanya. Kita tidak menyalahkan pihak pengusaha papan tanda 100% kerana mereka tidak ada garis panduan yang sebenarnya untuk menghasilkan penulisan pada papan tanda yang betul.

Seperkara lagi, kini masyarakat di negara kita terutama pengusaha premis lebih ghairah untuk menggunakan bahasa Inggeris bagi mengiklankan premis mereka. Apa yang lebih mengharukan, ada pula yang mencampur adukan tulisan Inggeris dan bahasa Melayu. Apa sudah jadi dengan bahasa melayu kita.....sudah jadi bahasa rojak....ikut suka aje. Tibalah masanya pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya sebelum bahasa Melayu menjadi semakin parah.
Pada pendapat saya,kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu ini antaranya :
1.     Kuatkuasa akta penulisan papan iklan
2.     Mewajibkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama penulisan iklan.
3.     Memastikan pengusaha papan tanda atau papan iklan mematuhi akta dan jika engkar akan di denda
4.     Pihak berwajib sentiasa memantau kesalahan yang dilakukan pada papan tanda yang dipasang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan