Jumaat, 21 Oktober 2011

Penggunaan kata Bilangan


Kata Bilangan
1.      Ada 6 jenis kata bilangan:
  • Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
  • Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
  • Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.
  • Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
2.      Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
salah
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai

betul
      a. setengah-setengah orang
      b. tiap-tiap murid
      c. berbagai-bagai warna
      d. kedua-dua mempelai

3.      Kata para tidak boleh diulang.
  • Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
  • Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
4.      Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.
  • dua setengah meter ( salah )
  • dua suku jam ( salah )
  • tiga setengah ringgit ( salah )
  • dua meter setengah ( betul )
  • dua jam suku ( betul )
  • tiga ringgit setengah ( betul )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan